POLITIK

Abdul Hadi selamat jalani prosedur rawatan tengah hari tadi

CYBERJAYA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan selamat menjalani prosedur rawatan sekitar tengah hari tadi.

Bagaimanapun, tiada sesi lawatan dibenarkan dalam masa terdekat atas nasihat dan saranan doktor pakar.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

“Alhamdulillah. Makluman daripada Ustaz Khalil (Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi), prosedur berjaya.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Atas nasihat doktor, tiada pelawat dibenarkan dalam masa terdekat.

“Mohon doakan kesembuhan untuk Ayah Chik tercinta,” katanya dalam hantaran tersebut.

Malaysia Tribune dalam laporannya semalam berkata, Ahli Parlimen Marang itu sedang dirawat dan akan menjalani satu prosedur rawatan

Laporan itu memetik kenyataan anak beliau, Muhammad Khalil, yang turut memohon doa daripada seluruh rakyat, khususnya penyokong Pas supaya urusan rawatan bapanya dipermudahkan.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menyeru seluruh umat Islam di negara ini supaya mendoakan kelancaran prosedur tersebut.

Bagaimanapun, lokasi dan butiran lanjut mengenai jenis rawatan tidak diperincikan.

Untuk rekod, Abdul Hadi pernah menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) dan kali terakhir dilaporkan menjalani prosedur rawatan berkaitan pada 5 Januari tahun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button