JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan 15 individu bergaduh depan sekolah

JOHOR BAHRU – Polis menahan 15 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di hadapan sebuah sekolah menengah di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP M Kumarasan, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 12.45 tengah hari semalam.

Jelas beliau, kesemua yang ditahan terdiri daripada 13 kanak-kanak lelaki serta dua wanita tempatan berusia antara 12 hingga 37 tahun dan mereka ditahan antara pukul 3 petang hingga 11.11 malam tadi di kawasan Nusa Bestari serta Iskandar Puteri.

“Punca pergaduhan dipercayai akibat tidak puas hati apabila seorang daripada suspek telah ditampar hingga membawa pergaduhan selepas waktu persekolahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kumarasan turut menambah, permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas dua wanita terbabit dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini, manakala semua kanak-kanak lelaki direman sehingga 14 April.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 323 kanun sama iaitu sengaja mendatangkan kecederaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button