PMXPOLITIKRENCANA

Serba serbi cemerlang, kenapa desak PM berundur?

SEJAK akhir-akhir ini kedengaran suara yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim turun dan berundur tanpa justifikasi serta alasan yang kukuh negara.

Suara-suara berkenaan yang didokongi oleh pemimpin politik pembangkang sememangnya sentiasa cuba mencari salah Perdana Menteri meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untuk melonjak ekonomi negara.

Hakikatnya, pentadbiran Perdana Menteri telah membuktikan prestasi Malaysia jauh lebih baik berbanding banyak negara serantau, malah membuahkan hasil positif yang dirasai rakyat secara menyeluruh.

Fakta ekonomi semasa jelas menyokong kepimpinan beliau yang mana kadar pengangguran hanya tiga peratus iaitu menandakan peluang pekerjaan yang stabil dan bertambah.

Kadar inflasi terkawal pada 1.2 peratus dan inflasi makanan pula hanya dua peratus dan menunjukkan harga barang keperluan harian berada dalam paras munasabah.

Selain itu, pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada lima peratus adalah bukti kukuh bahawa ekonomi negara sedang berkembang secara mampan.

Kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus juga mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kos sara hidup rakyat.

Ringgit Malaysia mengukuh memberikan keyakinan kepada pelabur dan melegakan rakyat dalam urusan import dan dagangan.
Ringgit Malaysia mengukuh sebanyak 5.2 peratus berbanding dolar AS, menjadikannya antara mata wang paling berprestasi di Asia.

Pengukuhan ringgit dikaitkan dengan keyakinan pelabur dan reformasi di bawah Ekonomi MADANI, serta peningkatan prestasi berbanding beberapa mata wang serantau seperti rupiah, renminbi, dan peso.

Malah kerajaan juga berjaya mengawal pertumbuhan hutang negara, dengan penurunan jumlah hutang baharu daripada RM100 bilion (2022) kepada jangkaan RM80 bilion pada tahun ini.

Dengan semua pencapaian ini, persoalannya: kenapa perlu mendesak Perdana Menteri untuk turun?

Kepimpinan Perdana Menteri adalah berasaskan data, integriti dan keberanian melakukan reformasi meskipun ia tidak popular pada peringkat awal.

Beliau bukan sekadar mengurus negara, tetapi memperbetulkan kerosakan yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu.

Justeru, saya menyeru semua pihak supaya tidak terpengaruh dengan naratif politik sempit yang bersifat peribadi dan tidak berpaksikan fakta.

Negara ini memerlukan kestabilan untuk terus maju, dan kestabilan itu datang daripada kepimpinan yang teguh dan berwibawa seperti yang sedang kita nikmati kini.

MUZAMIR ISMAIL
Naib Ketua III
PKR Cabang Taiping

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button