BERITA SEMASAPMX

PM sampaikan sumbangan kepada waris kemalangan maut enam beranak

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyampaikan sumbangan kepada remaja lelaki yang kehilangan ibu bapa dan empat adiknya akibat kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lalu.

Kata Anwar, sumbangan kepada Abdul Rahman Amir Ruddin, 19, tersebut diserahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi bagi meredakan ujian dan beban yang dihadapinya.

“Saya mohon teman-teman untuk turut bantu dan mendoakan Rahman agar kekal kuat semangat dan tabah menghadapi ujiannya.

“Semoga ahli keluarganya dikurniakan keampunan dan diberi tempat yang istimewa disisi-Nya,” kata Perdana Menteri dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Kemalangan pada 1 September lalu di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, mengorbankan bapa dan ibu Abdul Rahman iaitu Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43.

Turut maut empat lagi adiknya, Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah, 13; Rufaidatul Asyariyah, 10 dan Muhammad Assyakrawi, 5, setelah kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan lori.

Seorang lagi adiknya, Abdullah Amir Ruddin ketika ini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat, Johor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button