JENAYAH & MAHKAMAH

PGA tumpaskan sindiket seludup haiwan ternakan Aidiladha, 12 individu ditahan

KOTA BHARU – Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas 90 ekor lembu dan 100 ekor kambing yang dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran Aidiladha, serta menahan 12 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM457,200, membabitkan 10 kes penyeludupan haiwan ternakan yang direkodkan sejak 1 Januari hingga 23 Mei.

“Rampasan tertinggi direkodkan pada April lalu membabitkan 28 lembu dan 100 kambing bernilai RM204,000, termasuk 13 lembu seludup bernilai RM39,000 di Kampung Manan, Bunut Susu, Pasir Mas pada 20 April lalu.

“Situasi ini menunjukkan sindiket penyeludupan haiwan ternakan masih aktif dan cuba mengambil kesempatan terhadap peningkatan permintaan sempena Aidiladha,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahmad Radzi berkata, sepanjang tempoh 1 Januari hingga 23 Mei, Ops Taring Wawasan Kelantan (OTWK) merekodkan 795 kes melibatkan 979 tangkapan, dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM45.4 juta.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button