BERITA SEMASA

PGA rampas 3,500 pokok hiasan bernilai RM5.5 juta di sempadan

TANAH MERAH – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 3,500 pokok hiasan bernilai RM5.5 juta dalam satu operasi di Kampung Lalang Pepuyu di sini, semalam.

Rampasan dilakukan anggota Batalion 9 PGA pada pukul 4.15 petang menerusi Op Taring Wawasan selepas menahan sebuah lori yang dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan ke atas lori tersebut menemui pelbagai jenis pokok dipercayai diseludup dari Thailand, termasuk 1,500 pokok pemanjat pagar, 2,000 pokok Busida dan pokok landskap Eugiena.

“Pemandu lori warga tempatan berusia 26 tahun turut ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan pokok berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk lori terbabit mencecah RM5.5 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167), dan suspek bersama rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan lanjut.

“PGA akan terus mempertingkat usaha membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan negara,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button