
BERITA SEMASA
Perseorangan lelaki, wanita skuasy hadiahkan emas untuk negara
HANGZHOU – Pemain perseorangan negara, Ng Eain Yow berjaya menamatkan penantian 13 tahun Malaysia selepas menang emas acara lelaki skuasy di Sukan Asia sebentar tadi.
Eain Yow tampil hebat dengan menundukkan perseorangan India, Saurav Ghosal dengan keputusan 9-11, 11-9, 11-5, 11-5, 11-7.
Terdahulu, Malaysia berjaya menambah pingat emas apabila Ratu Skuasy, S.Sivasangari menundukkan Chan Sin Yuk dari Hong Kong dengan keputusan 3-2.
Manakala pasangan campuran Aifa Azman dan Mohammad Syafiq Mohd Kamal menghadiahkan pingat perak selepas tewas di tangan pemain India.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





