BERITA SEMASA

Permohonan bantuan khas ANIS dibuka hingga 18 April

SHAH ALAM – Ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya dipelawa memohon bantuan khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) yang dibuka mulai semalam hingga 18 April ini.

Jabatan ANIS dalam satu kenyataan berkata, pemohon boleh melayari www.anisselangor.com/bantuananis untuk maklumat lanjut.

“Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dicetak dan disertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan sebelum dihantar secara fizikal di Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS atau di pusat khidmat masyarakat DUN yang berdekatan,” kata jabatan tersebut dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya.

Tarikh akhir bagi penghantaran borang serta dokumen sokongan lengkap adalah 2 Mei depan.

Program ANIS merupakan inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk meringankan beban keluarga kepada kanak-kanak istimewa atau OKU.

Bantuan khas tersebut merangkumi kos pendidikan seperti pusat terapi dan kelas khas (maksimum sehingga RM1,000), ubat-ubatan dan keperluan tambahan (maksimum sehingga RM1,200) serta pembelian atau pembaikan mesin perubatan (maksimum sehingga RM5,000).

Pada masa yang sama, kerajaan negeri turut mewujudkan Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anak Istimewa Selangor (Pusat ANIS) di Seksyen 7 di sini, bagi memastikan murid-murid bekeperluan khas mendapat peluang dan kemudahan pendidikan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button