Perlumbaan F1 di Sepang tidak libatkan beban yuran pendaftaran
TAMPIN – Penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Oktober depan tidak melibatkan pembayaran yuran pendaftaran kepada syarikat pemegang hak sukan permotoran berprestij itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, kerajaan hanya perlu menanggung kos menaik taraf SIC sehingga RM16 juta bagi memenuhi standard yang ditetapkan untuk penganjuran sukan permotoran.
“Semalam mereka telefon dan memaklumkan bayaran awal yang telah dibayar kepada F1 dihapuskan. Jadi kita boleh menganjurkannya tanpa membayar kos pendaftaran kepada syarikat itu. Kita hanya perlu membaiki sedikit trek di Sepang,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajudin, di sini, hari ini.
Anwar berkata, jumlah tersebut amat kecil berbanding manfaat yang bakal diperoleh negara apabila Malaysia menjadi perhatian dunia menerusi kehadiran pelumba terbaik, jentera F1 paling canggih serta ribuan jurutera dan pegawai pasukan ke Sepang.
“Orang lain menganjurkan perlumbaan ini dengan kos ratusan juta malah ada yang mencecah lebih RM1 bilion. Kita pula hanya membelanjakan sekitar RM16 juta untuk menjadi tumpuan dunia,” katanya.
Beliau menjelaskan, kepercayaan yang diberikan kepada Malaysia bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil reputasi negara yang aman, cekap dan mempunyai infrastruktur bertaraf antarabangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














