BERITA SEMASA

Peperiksaan STAM 2025 bermula 12 November ini

PUTRAJAYA – Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 akan dilaksanakan pada 12 hingga 24 November 2025 melibatkan seramai 4,443 calon yang telah berdaftar.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan peperiksaan itu akan dilaksanakan di 135 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan, seramai 852 orang petugas peperiksaan telah dilantik, kata KPM

“KPM ingin mengingatkan semua calon peperiksaan STAM Tahun 2025 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.

“Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) melalui pautan lp.moe.gov.my,” kata KPM dalam kenyataan tersebut.

KPM turut mengingatkan calon supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Selain itu, calon turut diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan KPM turut cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon serta semua petugas peperiksaan terhadap sebarang emungkinan termasuk bencana dan penularan penyakit berjangkit Influenza-Like Illness (ILI) sepanjang peperiksaan STAM Tahun 2025 berlangsung.

“(Sehubungan itu) KPM siap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan sewajarnya termasuk bekerjasama dengan agensi lain yang berkaitan.

“Calon (juga) dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau jabatan pendidikan negeri (JPN) dengan segera sekiranya terlibat dan terkesan dengan bencana. Calon juga boleh menghubungi bilik gerakan LP dan JPN di seluruh negara,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button