BERITA SEMASA

Bekas KP Pendidikan, Amin Senin dilantik Pengerusi MPPK

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Amin Senin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) yang baharu.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut bersetuju melanti lapan orang lagi sebagai ahli MPPK untuk sesi 2023-2025.

“Gabungan mantap ini, diyakini dapat memikul amanah membantu pihak Kementerian Pendidikan (KPM) mengemudi sektor pendidikan negara dengan mengemukakan idea bernas yang membuka laluan ke arah pembaharuan, kesepaduan dan pendemokrasian pendidikan.

“KPM berazam untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan sentiasa terbuka dalam menerima cadangan dan pandangan bagi menjadikan sistem pendidikan Malaysia bertaraf dunia daripada segi kualiti untuk memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara,” katanya.

Katanya, MPPK mula ditubuhkan oleh Menteri Pendidikan pada November 2010 seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 10, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].

MPPK berperanan untuk menasihati Menteri berhubung apa-apa isu pendidikan yang dirujuk oleh Menteri kepada Majlis dengan mengemukakan syor berkaitan perkara yang dirujukkan itu untuk pertimbangan Menteri.

Keanggotaan Majlis ini adalah berdasarkan lantikan Menteri Pendidikan.

Penubuhan Majlis ini menyediakan platform bagi Menteri dan KPM secara umumnya, untuk mendapatkan pandangan profesional daripada anggota yang dilantik dalam kalangan tokoh atau individu yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam perkara yang berkaitan dengan pendidikan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button