BERITA SEMASA

Penjawat awam cemerlang tapi tidak naik pangkat diberi insentif khas bersamaan nilai satu Kenaikan Gaji Tahunan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju untuk memperluas pelaksanaan Bantuan Insentif Berasaskan Prestasi kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam perkhidmatan awam Persekutuan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi mengiktiraf prestasi cemerlang penjawat awam yang telah lama berkhidmat tetapi masih menunggu peluang kenaikan pangkat disebabkan kekangan struktur perjawatan.

“Melalui peluasan ini, pegawai yang berada dalam skim perkhidmatan yang kenaikan pangkatnya hanya tertakluk kepada kekosongan jawatan dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya enam atau lapan tahun tertakluk kepada gred jawatan semasa serta menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang, akan diberikan insentif khas bersamaan dengan nilai satu Kenaikan Gaji Tahunan pada gred semasa, yang akan dibayar secara bulanan,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2026 hari ini.

Dalam pada itu katanya, bagi menggalakkan penjawat awam meningkatkan kelayakan akademik, Kerajaan akan menyediakan Elaun Sara Hidup RM900 sebulan kepada penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa mulai tahun depan.

“Kerajaan turut bersetuju meningkatkan jumlah penerima HLP Separa Biasiswa kepada 150 orang setahun ketimbang 100 orang,” katanya.

Sementara itu katanya, seramai 4,000 pesara kontrak KEMAS akan menikmati kenaikan kadar Bantuan Sara Hidup
daripada RM300 kepada RM500. sebulan.

Perdana Menteri berkata, bagi menghargai pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera, khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia, kerajaan bersetuju memberikan bayaran khas RM500 kepada hampir 120,000 pemegang pingat itu dengan peruntukan RM60 juta.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button