Pemimpin NGO kecewa penerima bantuan pesakit kanser terlalu memilih
KUALA LUMPUR – Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir penerima bantuan yang didakwa terlalu memilih walaupun menerima sumbangan secara percuma.
Menerusi perkongsian di media sosial, beliau menceritakan pengalaman berdepan permintaan sebuah keluarga asnaf yang memohon bantuan kerusi roda untuk seorang pesakit kanser kanak-kanak berusia 14 tahun.
Menurutnya, keluarga terbabit pada awalnya meminta kerusi roda elektrik boleh laras yang dianggarkan bernilai antara RM6,000 hingga RM7,000.
Bagaimanapun, selepas meneliti keadaan pesakit yang berada pada tahap paliatif, pihak CSM mencadangkan penggunaan kerusi roda manual yang lebih sesuai dan jauh lebih murah dengan harga sekitar RM600.
“Aku hantar dua gambar sebagai contoh model manual sebab CSM pernah bagi kepada pesakit kanser sebelum ini.
“Tapi ibu pesakit siap memilih model tertentu,” katanya.
Zuraini mengakui situasi itu membuatkan beliau berasa tertekan dan sedikit hilang semangat untuk meneruskan bantuan pada ketika tersebut.
“Aku dah stres. Macam tak berapa ikhlas dah nak membantu,” katanya lagi.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing ketika membantu golongan memerlukan.
Seorang pengguna media sosial berkata, ada segelintir individu mengambil kesempatan apabila mengetahui bantuan diberikan secara percuma.
“Bila orang nak bagi, mereka mahu yang terbaik pula,” tulis pengguna itu.
Seorang lagi netizen berpendapat penerima bantuan sepatutnya lebih bersyukur dan menghargai usaha pihak yang tampil membantu.
Ada juga pengguna mendakwa pernah berdepan situasi penerima bantuan enggan mengambil sendiri sumbangan dengan alasan tertentu walaupun bantuan sudah disediakan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









