BERITA SEMASA

Pemilik hotel didakwa ‘gay-friendly’ masih tidak hadir beri penjelasan

MELAKA – Pemilik hotel yang didakwa mempromosikan konsep ‘gay friendly’ di sini, masih belum hadir ke pejabat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Sapiah Haron berkata, pemilik premis itu sepatutnya hadir hari ini, namun memaklumkan tidak dapat berbuat demikian dan berkemungkinan akan hadir esok.

BACA JUGA:
Hotel mesra gay di Melaka cetus kebimbangan – Firdaus Wong
Serbuan ke atas hotel didakwa ‘gay-friendly’ gagal, premis ditinggalkan kosong

“Sepatutnya dia datang hari ini tetapi tidak jadi. Mungkin esok (pemilik datang).

“Tak pasti (sebab tidak hadir) tetapi kita aturkan esok pukul 2.30 petang,” katanya ringkas, hari ini.

Laporan media semalam menyebut, sebuah hotel di negeri ini yang didakwa mempromosikan konsep ‘gay friendly’ ditinggalkan kosong ketika serbuan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersama MPHTJ kira-kira pukul 11 pagi.

Lapora tersebut rutu menyebut, hasil pemeriksaan mendapati tiada penjaga premis mahupun pelanggan berada di lokasi, namun keadaan salah sebuah bilik hotel didapati seperti baru digunakan, selain menjumpai dua kotak kondom yang telah digunakan di dalam tong sampah.

Katanya, usaha mendapatkan penjelasan pengurus hotel juga gagal apabila individu terbabit mengelak daripada hadir ke premis ketika serbuan dijalankan.

Ujarnya, susulan itu lesen perniagaan premis telah dibawa oleh Jabatan Pelesenan (JPL) MPHTJ bagi tujuan tindakan lanjut serta satu notis mengarahkan pemilik hadir ke pejabat dikeluarkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button