JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu lori langgar kereta dinaiki dua wartawan dakwa alami microsleep

IPOH – Pemandu lori terbabit kemalangan membabitkan dua wartawan di Menglembu pada Ahad lalu, mendakwa kejadian itu kerana dia mengalami microsleep atau terlelap seketika.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

Beliau berkata hasil ujian air kencing ke atas pemandu lori berusia 35 tahun mendapati lelaki itu negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Pemandu lori itu telah diambil keterangan. Ia memang satu kesalahan iaitu langgar belakang dan tindakan kita akan ambil nanti,” katanya memetik laporan BH Online hari ini.

Mohd Alwi berkata, setakat ini, polis masih belum memperoleh rakaman kamera papan pemuka daripada mana-mana pihak selain lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup.

Dalam kejadian itu, wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Nur Afiradina Arshad, 34, dan wartawan The New Straits Times (NST), Zahratulhayat Mat Arif, 37, cedera selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori, kira-kira jam 5.45 pagi.

Mereka yang menaiki Perodua Bezza dalam perjalanan untuk membuat liputan program melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button