LUAR NEGARASUKAN

Pemain bola sepak Brazil, Kathellen Sousa peluk Islam

JEDDAH – Pemain bola sepak wanita terkenal Brazil, Kathellen Sousa mengumumkan telah memeluk Islam, lapor portal Gazeta Express.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagramnya, pemain berusia 28 tahun itu berkata, keputusannya memeluk Islam dibuat selepas dua tahun beraksi di Arab Saudi.

“Langkah-langkah kecil, mencari jalan yang benar, berusaha untuk berubah dan menghargai anugerah kehidupan,” katanya dalam video yang mendapat lebih 146,000 reaksi suka daripada pengikutnya.

Melalui video itu juga, Kathellen berkongsi pengalaman menunaikan ibadah umrah.

Perkhabaran itu turut dikongsikan secara rasmi oleh kelabnya, Al Nassr FC Women yang menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu perjalanan penuh makna dalam proses pencarian diri dan hala tuju kehidupan pemain berkenaan.

Kathellen Sousa
Tangkap layar video di akaun rasmi kelab Al Nassr FC Women menunjukkan Kathellen berada di Masjidil Haram.

Menurut kenyataan kelab, Kathellen melalui satu fasa refleksi dan pencarian rohani sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

Pihak kelab turut menyatakan sokongan penuh terhadap pilihan yang dibuatnya serta mendoakan agar beliau dikurniakan ketenangan, kebahagiaan dan istiqamah dalam menempuh kehidupan baharu sebagai seorang Muslimah.

Kathellen yang kini beraksi dalam saingan bola sepak wanita di Arab Saudi menyifatkan ibadah umrah yang dilakukan sebagai satu detik istimewa dalam perjalanan spiritualnya.

Dalam pada itu, Al Nassr FC Women menegaskan komitmen mereka untuk terus menyokong pemain berkenaan dalam kerjaya profesional dan kehidupan peribadinya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button