JENAYAH & MAHKAMAH

Pegawai kanan polis langgar lari Zaharif didakwa atas kesalahan membunuh esok – Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Pegawai kanan polis yang terlibat dengan kes langgar lari pelajar tingkatan lima, Mohammad Zaharif Affendi akan dituduh di mahkamah esok bagi kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Menurut Peguam Negara dalam satu kenyataan, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak.

“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap saspek.

“Justeru, saspek akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 di Mahkamah. Majistret Ipoh, Perak pada Isnin 18 Disember 2023.

“Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button