BERITA SEMASA

Pasukan MALBATT 850-10 di Lebanon selamat

KUALA LUMPUR – Pasukan MALBATT 850-10 yang berada di Lebanon disahkan selamat walaupun sempadan negara itu berada dalam keadaan tegang berikutan konflik Palestin-Israel.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, penugasan pasukan MALBATT 850-10 yang terlibat dalam misi pengaman di negara tersebut ketika ini berjalan seperti biasa.

“Alhamdulillah, walaupun keadaan agak tegang di sana (Lubnan) mereka berada dalam keadaan baik dan sihat,” katanya dalam sidang akhbar pada Perbarisan Perintah Ulung Panglima ATM ke-22 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini hari ini.

Mohammad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status keselamatan pasukan MALBATT 850-10 ketika ini.

Situasi di selatan Lebanon yang bersempadan dengan Israel semakin memuncak di sebalik konflik Palestin-Israel apabila kumpulan Hezbollah semakin melancarkan serangan roket dan peluru berpandu terhadap sasaran rejim Zionis.

Tentera Israel turut membalas serangan dengan melancarkan serangan udara dan artileri ke atas kedudukan Hezbollah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button