
Parti PDI-P pecat Jokowi
Susulan tidak beri sokongan kepada calon parti sendiri dalam pemilihan presiden yang lalu
JAKARTA – Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dilaporkan memecat bekas presiden Joko Widodo selepas beliau menolak calon parti itu sendiri dalam pemilihan presiden Februari lepas dan menyokong kempen lawan, Prabowo Subianto
Menurut laporan media tempatan, arahan pemecatan itu dibuat sendiri pengerusi parti, Megawati Soekarnoputri.
Antara dipecat termasuk anak sulung Joko dan menantunya, serta 20 ahli parti, menurut pegawai kanan parti, Komarudin Watubun.
“Saya menerima arahan langsung daripada pengerusi untuk mengumumkan pemecatan secara rasmi,” kata Watabun dalam video yang diterima oleh Bloomberg News.
Walaupun pertelingkahan Joko, atau lebih dikenali sebagai Jokowi, dengan parti lamanya berlaku di khalayak ramai, pengusiran itu akan mencetuskan spekulasi mengenai rancangannya ketika beliau ingin mengekalkan legasinya selepas sedekad berkuasa.
Penganalisis berkata, ahli politik yang masih popular itu mungkin menubuhkan partinya sendiri atau menyertai kumpulan (politik) lain untuk membina pangkalan sokongan keluarganya.
Selepas dua kali menewaskan Prabowo dalam pemilihan presiden, Jokowi menyokong pesaingnya itu, pada pilihan raya tahun ini, dengan anak sulungnya berjaya bertanding untuk menjadi naib presiden kepada Prabowo.
Beliau juga memberi pengaruh melalui pemilihan menantunya sebagai gabenor Sumatera Utara, manakala beberapa bekas menteri utamanya kini berada dalam Kabinet Prabowo.
PDI-P, yang menyokong Jokowi dalam dua kempen presiden, mendakwa bekas pemimpin itu campur tangan dalam keputusan Mahkamah Perlembagaan yang kontroversi, sehingga membuka jalan kepada anak sulungnya bertanding jawatan naib presiden.
Bagaimanapun, Jokowi sudah lama menafikan dakwaan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








