JENAYAH & MAHKAMAH

Papagomo ditahan semula bawah akta hasutan

KUALA LUMPUR – Wan Azri Wan Deris atau Papagomo, sekali lagi ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan.

Dia dilapor ditahan sekitar jam 9.30 malam di hadapan kediamannya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Peguamnya, Rafique Rashid Ali memaklumkan, permohonan reman terhadap anak guamnya dijangka dibuat pada jam 9.30 pagi ini.

“Dia tiba di IPD Dang Wangi dan dijangka direman pagi ini,” memetik laporan Buletin TV3.

Namun, Rafique tidak mengulas lanjut mengenai punca penahanan baharu itu.

Terdahulu, pada 26 Oktober lalu, Papagomo turut ditahan dan direman bagi siasatan kes serupa.

Wan Azri kini sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berkaitan Yang di-Pertuan Agong.

Pada 24 September lalu, mahkamah memerintahkannya untuk membela diri terhadap pertuduhan berkenaan.

Sementara itu, pada 3 September, dia dibebaskan daripada satu lagi pertuduhan berkaitan kenyataan berunsur hasutan yang mendakwa kerajaan bersifat pro-Israel.

Namun, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menyatakan akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.

Setakat ini, polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penahanan terbaharu Papagomo.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button