
Pandelela, Dhabitah digugur daripada program RTG
KUALA LUMPUR – Dua penerjun wanita negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri digugurkan daripada program Road To Gold (RTG).
Menurut Kementerian Belia dan Sukan, keputusan itu diambil selepas mereka gagal mara ke Sukan Olimpik Paris menerusi Kejohanan Akuatik Dunia baru-baru ini di Doha, Qatar yang menjadi acara kelayakan terakhir awal bulan ini.
“Tetapan kriteria program RTG yang jelas, jawatankuasa telah membuat keputusan
untuk mengeluarkan Pandelela dan Nur Dhabitah daripada program RTG.
“Bagaimanapun, kedua-duanya akan terus menjadi sebahagian daripada Program Podium sebagai atlet elit negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu menurut kenyataan itu,
Jawatankuasa RTG akan terus memantau kemajuan mereka dan Program Podium akan bekerjasama rapat dengan atlet dan persatuan untuk memastikan mereka menerima semua sokongan untuk kembali menemui rentak yang diharapkan sebelum dipertimbangkan semula untuk
dimasukkan ke dalam program pada masa hadapan.
“Dengan penyingkiran atlet ini daripada program RTG, alatan latihan yang dibiayai oleh RTG seperti platform latihan gim kering baharu (5m), pusat pemulihan khusus dan papan anjal baharu yang diluluskan FINA (yang akan tiba tidak lama lagi) akan menjadi pelaburan jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada semua penerjun kebangsaan.
Sementara itu, atlet tunggal daripada acara terjuk yang layak ke Paris, Bertrand Rhodict Lises telah disenaraikan dalam Program Fast Track dan Program RTG bagi memberikan sokongan segera kepada beliau ke Sukan Olimpik.
Katanya, Bertrand kekal sebagai prospek kukuh untuk pingat di Sukan Olimpik Los Angeles (LA2028).
“Bertrand Rhodict akan disokong melalui latihan di luar negara dan perkhidmatan sokongan menjelang Sukan Olimpik Paris.
“Sebaik sahaja Olimpik Paris berakhir, Bertrand Rhodict akan ditempatkan dalam Program Fast Track,” katanya.
Program Fast-Track diwujudkan dengan misi melahirkan atlet muda dan berbakat yang baharu berumur antara 16 hingga 25 tahun yang berpotensi untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik LA2028.
Ini adalah selaras dengan pengumuman Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
mengenai 35 sukan yang akan dipertandingkan di Sukan Olimpik LA2028.
Lima sukan baharu ialah besbol/softball, kriket, bola sepak bendera, lacrosse dan skuasy.
Misi Program Fast Track adalah untuk meningkatkan pencapaian pingat Olimpik negara, menambah penyertaan kontinjen dalam lebih banyak sukan Olimpik, mencari atlet yang mampu memenangi pingat dalam sukan Olimpik lain selain badminton, terjun dan berbasikal.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















