Operasi SAR Jaslinda masih diteruskan
CYBERJAYA – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin masih diteruskan dan tidak akan dihentikan setakat ini.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, ketika ini seramai kira-kira 50 anggota pelbagai agensi terlibat dalam operasi SAR berkenaan.
“(Angka yang agak besar ini) membolehkan penggiliran petugas di lapangan dilakukan secara berterusan,” kata Nor Hisham, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Korban Kasih anjuran Pusat Khidmat Parlimen Sepang dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta JBPM di Balai Bomba Cyberjaya, di sini hari ini.
Beliau kemudiannya menambah, keputusan meneruskan operasi dibuat berdasarkan pengalaman pasukan penyelamat serta keadaan persekitaran lokasi kejadian.
Katanya, berdasarkan pengalaman dan keadaan sekitar, situasi operasi di kawasan gunung berbeza berbanding operasi di laut.
“Justeru, kita tidak akan ambil keputusan menghentikan operasi. Pencarian masih diteruskan dan nsya Allah akan terus dilaksanakan,” katanya lagi.
Laporan media sebelum ini menyebut, Jaslinda, 49, dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih sejak Sabtu lalu dan operasi pencariannya kini memasuki fasa kritikal selepas tempoh kehilangan melebihi 72 jam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








