MRCB raih kontrak RM2.47 bilion bagi projek LRT3
KUALA LUMPUR – Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) menerusi anak syarikatnya, Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd (SULRT3), memperoleh kontrak bernilai RM2.47 bilion bagi projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).
MRCB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, kontrak yang dianugerahkan oleh Prasarana Malaysia Bhd itu melibatkan kerja reka bentuk, pembinaan, penyiapan, ujian dan pentauliahan semula bagi jajaran LRT3 dari Bandar Utama ke Johan Setia.
“Skop kerja melibatkan pembinaan lima stesen baharu, dua depot bas elektrik di Shah Alam dan Johan Setia, pembekalan kenderaan rel ringan (LRV) serta pembangunan infrastruktur dan sistem berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan. semalam.
Menurut MRCB, projek itu dijangka siap dalam tempoh 48 bulan dari tarikh permulaan dan bakal memberi impak positif kepada pendapatan syarikat pada masa depan.
Bagaimanapun, syarikat itu tidak menolak risiko biasa dalam sektor pembinaan, termasuk turun naik harga bahan mentah, namun menegaskan SULRT3 mempunyai kawalan dan prosedur operasi untuk mengurangkan kesan tersebut.
Pada penutupan dagangan semalam, saham MRCB susut setengah sen atau 1.1 peratus kepada 46 sen, dengan modal pasaran bernilai RM2 bilion.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







