BERITA SEMASA

MPSepang tingkat tahap kebersihan, laksana gotong-royong di Selera@Bagan Lalang

SEPANG – Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melaksanakan Program Gotong-Royong dan kerja-kerja Spring Cleaning di Selera@Bagan Lalang serta Pusat Penjaja Bagan Lalang pada 8 Jun lalu.

Menurut kenyataan MPSepang menerusi akaun Facebook rasminya, inisiatif di bawah kelolaan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta itu dilaksanakan selaras dengan Jadual Spring Cleaning Tahun 2026 yang telah ditetapkan bagi premis-premis di bawah seliaan pihak majlis.

“Program ini melibatkan penyertaan penyewa Selera@Bagan Lalang, penyewa Pusat Penjaja Bagan Lalang, kontraktor Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta serta kerjasama Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPSepang.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk pembersihan kawasan premis dan longkang, pengumpulan serta pelupusan sisa pukal, pembersihan semak-samun, pengemasan landskap dan kerja-kerja spring cleaning bagi memastikan kawasan perniagaan sentiasa bersih, selamat dan kondusif,” menurut kenyataan itu.

Selain kerja-kerja pembersihan fizikal, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPSepang turut mengambil langkah kawalan perosak bagi menangani isu LILATI (Lipas, Lalat dan Tikus) di sekitar lokasi tersebut.

Langkah itu penting bagi menjamin tahap kebersihan premis makanan sentiasa terpelihara demi keselesaan pengunjung dan peniaga.

Menerusi program berkala bulanan itu, pelbagai bahan buangan termasuk dahan pokok dan sisa pukal berjaya dilupuskan secara teratur.

Pihak MPSepang merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas semangat kerjasama yang ditunjukkan dalam memelihara imej kawasan pelancongan Bagan Lalang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button