
Mourinho bawa AS Roma ke pentas akhir Liga Europa
JERMAN – Pasukan bimbingan Jose Mourinho, AS Roma berjaya melangkah ke perlawanan akhir Liga Europa, awal pagi tadi dengan kemenangan agregat 1-0 ke atas Bayern Leverkusen.
Pasukan Rom itu mara ke pusingan akhir Eropah berturut-turut di bawah
Mourinho selepas menjuarai Liga Konferensi Eropah musim lalu.
AS Roma yang bermain secara bertahan terpaksa menyerap tekanan hebat dari pasukan dari Jerman itu, yang menyerang bertubi-tubi sehingga minit akhir perlawanan.

Kemenangan itu membolehkan AS Roma bertemu Sevilla pada perlawanan akhir pada 31 Mei ini di Budapest.
Sementara itu Mourinho merakamkan penghargaan kepada barisan pemainnya yang berjaya memberikan aksi terbaik sepanjang perlawananan.
“Perlawanan ini adalah hasil kerja kami, kebijaksanaan taktikal, pengalaman, tahu bagaimana untuk kekal dalam perlawanan dan cuba menyembunyikan masalah kami.
“Mereka ini berhak mendapat sesuatu yang istimewa. Kebimbangan saya sentiasa untuk mara ke final, ia akan menjadi sangat sukar dengan pengalaman Sevilla tetapi kami akan memikirkannya kemudian,” kata Mourinho.
Dalam pada itu, gol cantik Erik Lamela membawa Sevilla ke final sekali lagi dengan kemenangan 2-1 ke atas Juventus, dan 3-2 secara agregat.
Lamela menanduk masuk bola dalam masa tambahan untuk melengkapkan kebangkitan juara enam kali dan terbanyak kejohanan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






