BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Megat Ardian dilantik CEO AirBorneo

KUCHING – Bekas Ketua Pegawai Penerbangan dan Strategi, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin hari ini diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu AirBorneo berkuat kuasa 1 Jan depan.

Pelantikan itu diumumkan oleh Pengerusi AirBorneo Holdings Sdn Bhd yang juga Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki.

“Betul, beliau (Megat Ardian) akan melapor diri mulai 1 Jan 2026. Kami telah bersetuju untuk menerima beliau sebagai CEO AirBorneo Airlines,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SarawakPass dan MyDigital ID di Bangunan DUN Sarawak, di sini hari ini.

Pengesahan daripada Mohamad Abu Bakar itu menamatkan spekulasi mengenai penyertaan Megat Ardian dalam entiti penerbangan milik kerajaan negeri Sarawak itu.

Sebelum ini, media melaporkan Megat Ardian dijangka menyandang jawatan itu, mengambil kira pengalaman luas dan latar belakangnya dalam bidang penerbangan.

Related Articles

Februari lepas, kerajaan Sarawak secara rasmi mengambil alih MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) dan menjenamakannya semula sebagai AirBorneo, sebagai sebahagian satu usaha memperkukuh rangkaian mobiliti udara dan meningkatkan kesalinghubungan di negeri itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button