MCMC rakam kenyataan Ketua Editor, Pengarang Dalam Talian China Press
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang Dalam Talian China Press berhubung satu kandungan terbitan yang dipercayai telah melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut MCMC dalam satu kenyataan, kandungan itu disiarkan melalui akaun rasmi China Press di platform media dalam talian.
Katanya, siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima terhadap kandungan berkenaan yang didakwa mengandungi maklumat palsu berkait Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen, khususnya berhubung kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, yang berpotensi menimbulkan kekeliruan awam.
“Penelitian awal mendapati kandungan tersebut membawa maksud berbeza daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sekali gus boleh mencetuskan persepsi tidak tepat terhadap institusi diraja serta kepentingan nasional.
“Beberapa peralatan dan bahan berkaitan turut disita untuk siasatan lanjut,” katanya hari ini.

Sementara itu, MCMC memandang serius sebarang penerbitan melibatkan titah Yang di-Pertuan Agong dan perkara berkaitan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Sehubungan itu MCMC mengingatkan semua organisasi media agar melaksanakan semakan fakta secara teliti dan mematuhi prinsip kewartawanan bertanggungjawab.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








