BERITA SEMASA

MB Perlis sedia beri kerjasama kes audio tular hina Raja Perlis

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung siasatan kes penularan audio yang didakwa berunsur fitnah, penipuan serta penghinaan terhadap Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis.

Mohd. Shukri enggan mengulas lanjut mengenai rakaman berkenaan selagi belum meneliti kandungannya secara menyeluruh.

“Saya pun tak pasti tentang penularan audio itu. Kena tunggu dan kaji dulu. Kalau saya komen sekarang, takut tak kena… nanti viral pula,” memetik laporan Kosmo!

Menurut beliau, setakat ini pentadbiran kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa dan tidak terjejas dengan isu yang sedang tular itu.

Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Perlis tampil membuat laporan polis berhubung satu klip rakaman suara didakwa mirip suara Mohd. Shukri yang menyentuh perbincangan peribadi antara beliau dengan Tuanku Syed Sirajuddin.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, laporan dibuat selepas pengadu melihat rakaman suara berkenaan dimuat naik di platform TikTok sekitar pukul 11.30 pagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button