MB Perlis dibenarkan pulang selepas dapat rawatan sakit dada di hospital
KUALA LUMPUR – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dibenarkan keluar hospital hari ini selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital di ibu negara susulan sakit dada dialaminya selepas pulang dari urusan luar negara.
Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi satu hantaran dalam laman Facebooknya sebentar tadi.
“Alhamdulillah. Saya selamat discharge petang tadi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya.
“Mudahan kita dikurniakan kerahmatan oleh Allah,” katanya.

Sebelum ini, Mohd Shukri difahamkan mengadakan lawatan ke Shanghai, China, bagi menghadiri Karnival Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) sebagai usaha menarik pelaburan dan memperkukuh daya saing perusahaan tempatan di Perlis.
Pada 29 September 2019, Mohd Shukri yang ketika itu Pesuruhjaya PAS Perlis pernah dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar selepas terjatuh dan tidak sedarkan diri kerana serangan jantung ketika berucap di Ceramah Perdana Muafakat Nasional Peringkat Negeri Perlis di Dewan 2020.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


