POLITIK

Masih ramai orang Melayu tidak sedar kepentingan mengundi – Presiden Pas

SEREMBAN – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa masih ramai orang Melayu tidak menyedari bahawa mengundi adalah suatu kuasa politik.

Dan disebabkan kurang kesedaran, menyebabkan peratusan keluar mengundi dalam kalangan golongan itu masih rendah.

“(Peratusan) kaum lain keluar mengundi 90 peratus (tapi) orang Melayu (yang) keluar mengundi 70 peratus. Masih ramai yang tak mahu mengundi. Kalau kita tak mengundi, bermakna kita menghilangkan kuasa politik. Mana-mana parti yang menang pilihan raya, dia dapat kuasa politik.

“Maka orang Melayu Islam termasuk bukan Islam yang tidak ekstrem perlu menyokong Perikatan Nasional (PN) untuk membuat perubahan yang baik,” kata Abdul Hadi dalam ucapannya pada Majlis Munajat Akbar dan Jelajah PN Best di Sendayan, malam tadi.

Ahli Parlimen Marang itu juga mendakwa, kemenangan PN dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini akan membolehkan berlakunya perubahan dalam kerajaan Persekutuan.

“Kalau menang (enam negeri) ini, akan berlaku perubahan kerajaan Pusat, itu maknanya. Maka kewajipan mengundi sangat besar,” katanya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai naratif kemenangan PN di enam negeri membolehkan kerajaan Persekutuan bertukar, Ahmad Faizal ketika ditemui pemberita selepas itu menyatakan pelbagai cara boleh dilakukan.

“Di negara kita, walaupun ada Akta Anti Lompat Parti, tetapi ada proses undang-undang yang boleh dijalankan untuk menukar sesebuah kerajaan.

“Begitu juga kerajaan negeri lain, ada proses perundangan mengikut Perlembagaan yang boleh dibuat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button