Mas Ermieyati letak jawatan dalam BERSATU
KUALA LUMPUR – Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah, hari ini.
Perkara itu diumumkan Shahrul Azhar Amir yang turut meletakkan jawatannya sebagai Setiausaha BERSATU Bahagian Masjid Tanah selepas mencapai kata sepakat dalam satu mesyuarat hari ini.
Peletakan jawatan Ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Ketua Srikandi BERSATU itu dibuat bersama 39 lagi ahli jawatankuasa bahagian terbabit.
“Pada hari ini, BERSATU Bahagian Masjid Tanah telah mengadakan satu mesyuarat khas, di mana ia telah dihadiri oleh AJK bahagian, ketua-ketua sayap serta ketua-ketua cawangan BERSATU Masjid Tanah.
“Pertemuan selama dua jam ini telah berlangsung dengan baik dan ketua bahagian telah memberi penjelasan tentang perkembang terkini konflik politik BERSATU.
“Sesi mesyuarat khas ini juga telah merakamkan secara sebulat suara tentang pendirian BERSATU Masjid Tanah bahawa tindakan ini dilakukan atas faktor telah kehilangan kepercayaan kami kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.
“Dengan peletakan jawatan kami ini, maka dimaklumkan bahawasanya Jawatankuasa BERSATU Bahagian Masjid Tanah adalah dengan ini terbubar secara rasmi,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya, hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








