
Malaysia tundukkan Jepun, mara ke perlawanan akhir SELBATC 2024
SHAH ALAM – Malaysia berjaya melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Berpasukan Asia 2024 (SELBATC 2024) selepas menewaskan Jepun 3-1.
Pasukan negara bermula langkah kanan apabila Lee Zii Jia menewaskan pemain perseorangan utama Jepun, Kenta Nishimoto 21-18 21-15.
Pasangan beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik kemudiannya berjaya memberi mata kedua negara selepas menundukkan pasangan Akira Koga-Taichi Saito 15-21 21-17 21-10.
Hasrat negara untuk mendapatkan mata kemenangan menerusi perseorangan ketiga tidak menjadi kenyataan selepas Leong Jun Hao tewas kepada Koki Watanabe 19-21 21-12 21-19.
Bagaimanapun beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani berjaya mengembirakan kem negara selepas menewaskan Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 21-15 21-19.
Malaysia dijangka bertemu pemenang antara Korea Selatan atau China yang sedang berlangsung sekarang.
Kemaraan Malaysia ke pusingan akhir kali ini juga merupakan yang ketiga berturut-turut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

