BERITA SEMASADALAM NEGERI

Malaysia teroka potensi strategik pemodenan pertanian, perluas pasaran dengan Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR – Malaysia terus memperkukuh agenda pemodenan sektor pertanian dan meneroka peluang pasaran strategik dengan Amerika Syarikat (AS) menerusi hubungan dua hala yang semakin erat, selari dengan usaha memastikan keterjaminan makanan negara dan kelancaran perdagangan global.

Perkara itu dinyatakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Isham Ishak melalui lawatan kerja ke AS yang bermula pada 17 Januari lalu hingga esok.

Dalam rangka kerja itu, Isham dan delegasi mengadakan pertemuan dengan Timbalan Setiausaha bagi Perdagangan dan Hal Ehwal Pertanian Luar Negeri, Jabatan Pertanian AS (USDA), Michelle Bekkering.

Pertemuan di Washington, D.C. itu merupakan yang terbaharu dalam siri libat urus peringkat tertinggi antara KPKM dan USDA bertujuan memperkukuh kerjasama teknikal serta meningkatkan tahap kepercayaan bersama dalam memastikan keselamatan makanan dan kelancaran perdagangan produk pertanian antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Usaha berkenaan menjadi lebih signifikan susulan pemeteraian Agreement on Reciprocal Trade (ART) pada 26 Oktober tahun lalu yang membuka lembaran baharu hubungan perdagangan pertanian kedua-dua negara.

Pertemuan di Washington, D.C. itu merupakan yang terbaharu dalam siri libat urus peringkat tertinggi antara KPKM dan USDA bertujuan memperkukuh kerjasama teknikal serta meningkatkan tahap kepercayaan bersama dalam memastikan keselamatan makanan dan kelancaran perdagangan produk pertanian antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Dalam pertemuan tersebut, KPKM turut meneroka potensi pasaran baharu bagi produk-produk pertanian Malaysia selain membincangkan peluang kerjasama strategik dengan fokus meningkatkan produktiviti, mengukuhkan keterjaminan makanan serta menangani isu kelestarian alam sekitar.

“Nilai perdagangan pertanian antara Malaysia dan AS direkodkan sebanyak RM14.68 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2025, sekali gus mencerminkan peranan AS sebagai rakan strategik penting Malaysia dalam rantaian bekalan makanan global,” menurut kenyataan itu.

Pada akhir pertemuan, beliau turut menjemput penyertaan sektor industri Amerika Syarikat dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026, bertemakan “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan”.

Delegasi Malaysia turut disertai oleh Setiausaha Bahagian Antarabangsa KPKM, Siti Salwahanim, pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia serta pegawai dari Jabatan Perkhidmatan veterinar dan Jabatan Pertanian Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button