BERITA SEMASAMALAYSIA MADANI

Malaysia perkukuh peranan sebagai peneraju halal global di Kazan Forum 2025

Ketua Pengarah JAKIM berucap mengenai Export of Halal Products termasuk dasar pensijilan halal dan kerjasama strategik negara

KAZAN – Malaysia sekali lagi mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju industri halal global dengan menekankan peranan strategik dalam membangunkan ekosistem halal bertaraf antarabangsa.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee yang mewakili kerajaan Malaysia dalam sesi plenari Forum Ekonomi Antarabangsa Rusia-Dunia Islam: Kazan Forum 2025, semalam.

Penyertaan Malaysia dalam Kazan Forum 2025 turut membuka ruang kerjasama dengan pelbagai tokoh industri halal, agensi pensijilan dan penggubal dasar dari negara-negara Islam serta bukan Islam.

Dalam forum tersebut, Dr. Sirajuddin telah membentangkan kertas kerja bertajuk Export of Halal Products.

“Pembentangan ini menggariskan peranan Malaysia sebagai peneraju ekosistem halal global, termasuk dasar pensijilan halal JAKIM yang mengiktiraf badan-badan luar negara di 45 buah negara serta strategi memperkasa eksport halal ke pasaran melalui inisiatif kerjasama dua hala dan diplomasi halal.

BACA LAGI : PM seru dunia Islam lebih proaktif

BACA LAGI: Malaysia-Republik Tatarstan teroka peluang pelaburan, dagangan dan industri halal 

“Malaysia bukan sekadar peneraju, tetapi juga rakan strategik yang dipercayai dalam memastikan standard halal terus diyakini dan dihormati di peringkat global,” ujar beliau dalam sesi berkenaan yang berlangsung di Republik Tatarstan, Rusia.

Penyertaan Malaysia dalam Kazan Forum 2025 turut membuka ruang kerjasama dengan pelbagai tokoh industri halal, agensi pensijilan dan penggubal dasar dari negara-negara Islam serta bukan Islam.

Perbincangan yang berlangsung diyakini dapat memperkasa jaringan industri halal dan merancakkan pertumbuhan ekonomi sejagat.

Kehadiran Malaysia di pentas antarabangsa seperti ini mencerminkan komitmen negara dalam membawa agenda Halal Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Meskipun sebuah negara kecil, Malaysia terus memacu kemajuan global melalui pengurusan halal yang diiktiraf dunia dan menjadi rujukan utama dalam pembangunan standard halal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button