SUKAN

Liverpool bangkit benam Bournemouth 4-2, Chiesa muncul wira

LIVERPOOL – Liverpool membuka tirai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan penuh dramatik apabila bangkit menewaskan Bournemouth 4-2 di Anfield, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah pada aksi pembukaan kepada 13 perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Arne Slot mencatat 10 kemenangan dan tiga seri sejak kali terakhir tewas pada hari pembukaan. Rekod itu kini hanya dibezakan dengan Chelsea yang pernah mengekalkan 18 aksi tanpa kalah dari 1999/2000 hingga 2016/17.

Aksi penuh sengit itu turut menyaksikan Federico Chiesa mencatat sejarah apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88:46, jaringan paling lewat pernah direkodkan Liverpool pada aksi pembukaan EPL.

Gol tersebut juga adalah jaringan paling lewat sejak Diego Costa melakukannya untuk Chelsea menentang West Ham pada 2016/17.

Mohamed Salah pula terus membuktikan ketajamannya dengan meledak gol ke-10 dalam perlawanan MD1 EPL.

Salah melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan sambil menzahirkan penghormatan kepada mendiang Diogo Jota.

Jaringan itu menjadikannya pemain pertama dalam sejarah liga berkenaan yang mencatat dua angka pada perlawanan pembukaan musim.

Dalam aksi itu, Hugo Ekitike terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-37 sebelum Cody Gakpo menggandakan kedudukan sejurus selepas babak kedua bermula.

Bournemouth bagaimanapun tidak mudah mengalah apabila Antoine Semenyo menyamakan kedudukan dengan dua gol pantas pada minit ke-63 dan 67.

Namun, kemasukan Chiesa sebagai pemain gantian menjadi titik perubahan apabila beliau muncul wira dengan gol lewat permainan, sebelum Salah melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan sambil menzahirkan penghormatan kepada mendiang Diogo Jota.

Liverpool akan bertandang ke St. James’ Park menentang Newcastle United pada 25 Ogos ini, manakala Bournemouth bakal menerima kunjungan Wolves minggu depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button