
Leverkusen mahu terus kekal rekod tanpa kalah
NORTH RHINE-WESTPHALIA – Bayer Leverkusen meneruskan kekebalan mereka pada musim ini dengan prestasi yang mengagumkan tanpa mengalami sebarang kekalahan di peringkat domestik dan Eropah.
Leverkusen yang telah menamatkan dominasi 11 tahun Bayern Munich di Bundesliga dengan memenangi gelaran pertama mereka sejak 1993, dengan rekod luar biasa sebanyak 47 perlawanan tanpa kalah.
Pengurus Leverkusen, Xabi Alonso berkata, beliau mengakui semangat juang setiap pasukan lawan untuk menamatkan rekod cemerlang mereka pada musim ini.
“Kami berhasrat untuk terus kekal tanpa kalah, walaupun kami tahu ia semakin sukar setiap minggu kerana semua pasukan mahu mengalahkan kami,” katanya kepada pemberita.
Katanya, perlawanan menentang Frankfurt dijangka menjadi ujian besar buat pasukannya, kerana Frankfurt dikenali sebagai pasukan yang sukar dikalahkan.
“Kami perlu memberikan yang terbaik tanpa banyak persiapan,” tambah beliau.
Sementara itu, Leverkusen akan menghadapi cabaran tersebut apabila berkunjung ke Eintracht Frankfurt yang menduduki tangga keenam, malam ini.
Dalam pada itu, selepas menewaskan AS Roma 2-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa, skuad Xabi Alonso itu juga melangkah ke perlawanan akhir DFB-Pokal menentang Kaiserslautern, sekali gus menghampiri tiga kejuaraan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



