SUKANBERITA SEMASA

Atalanta menang UEL, leburkan rekod tanpa kalah 51 perlawanan Leverkusen

DUBLIN – Kelab liga Itali Serie A, Atalanta dinobatkan juara Liga Eropah (UEL) 2024, menundukkan kelab liga Jerman, Bayer Leverkusen dengan keputusan 3-0, sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah sepanjang 51 perlawanan mereka awal pagi tadi.

Pemain sayap Atalanta, Adeloma Lookman, mempamerkan aksi memukau dengan menjaringkan hatrik untuk membawa Atalanta merangkul gelaran juara UEL buat pertama kalinya.

Lookman menjadi pemain keenam dalam sejarah yang berjaya meraih hatrik dalam perlawanan akhir UEFA apabila kali terakhir dilakukan oleh Jupp Heynckes bersama Borussia Monchengladbach menentang Twente pada 1975.

Pemain sayap Nigeria itu berkata, ia merupakan salah satu malam terbaik dalam hidupnya.

“Persembahan yang menakjubkan daripada seluruh pasukan, kami melakukannya, kami melakukannya dan kami melakukannya! Saya tidak mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan, tetapi ia hebat. Kami perlu meraikannya, kami mencipta sejarah malam ini.” ujarnya kepada TNT Sports di Dublin.

Kemenangan ini menandakan pencapaian besar bagi Atalanta, yang kini boleh berbangga dengan gelaran Eropah pertama mereka.

Dalam pada itu, rekod yang diimpi Bayer Leverkusen untuk meraih ‘treble’ pada musim ini musnah apabila rancangannya dihentikan oleh Atalanta.

Sementara itu, mereka masih lagi berpeluang memenangi satu lagi gelaran iaitu liga Jerman DFB Pokal menentang FC Kaiserslautern pada Ahad ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button