Lesen tamat lebih tiga tahun tidak layak subsidi petrol
PUTRAJAYA – Rakyat tempatan yang tidak memperbaharui lesen memandu melebihi tempoh tiga tahun tidak layak menerima subsidi petrol RON95 secara automatik di bawah program BUDI MADANI RON95.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seramai 925,421 pemegang lesen masih belum memperbaharui lesen memandu mereka, manakala 154,641 daripadanya hampir mencecah tempoh tiga tahun.
Beliau berkata, pemegang lesen yang gagal memperbaharui selepas tempoh tersebut akan disekat secara automatik melalui sistem Kementerian Kewangan (MOF).
“Apa yang saya ingin tekankan di sini, saya menasihatkan lebih 925,000 orang yang lesennya masih aktif tetapi tidak diperbaharui supaya segera berbuat demikian, terutama mereka yang hampir mencapai tempoh tiga tahun.
“Bagi lebih 154,000 orang yang sudah menghampiri tempoh itu, mereka tidak akan layak mendapat subsidi RON95 automatik kerana lesen yang tidak sah akan terus disekat dalam sistem MOF,” katanya pada sidang media di Kementerian Pengangkutan, hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








