JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki warga China ditahan bantu siasatan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga China ditahan bagi membantu siasatan berhubung pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di sebuah premis di daerah Kulai, Johor.

Menurut Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad, pihaknya mengesan video tular dalam media sosial yang memaparkan bendera Malaysia dipasang dalam keadaan terbalik itu, pukul 4 petang semalam.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai telah menjalankan pemeriksaan dan menahan seorang lelaki warga China berusia 38 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing adalah negatif.

Beliau kemudiannya memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 (Pindaan 2017), Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 serta Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/1963.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button