BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki sarung telekung untuk curi beg jemaah sedang solat

GOMBAK – Seorang lelaki dirakam kamera litar tertutup (CCTV) mencuri beg jemaah wanita ketika sedang menunaikan solat di Masjid Zaid Bin Haritsah, Sungai Mulia, Jalan Gombak di sini.

Melalui rakaman yang dipercayai berlaku kelmarin itu, seorang lelaki masuk ke ruang solat ketika tiga wanita sedang menunaikan solat.

Suspek kemudian menyarungkan telekung solat dan menunggu para jemaah berada dalam posisi sujud sebelum melarikan beg salah seorang daripada jemaah yang sedang berqiamullai.

Suspek ketika mula memasuki kawasan Masjid Zaid Bin Haritsah, Sungai Mulia, Jalan Gombak, Selangor.

Perkongsian CCTV menunjukkan kelibat suspek dirakam dari awal dia memasuki masjid berkenaan.

“Kejadian awal pagi semalam di Masjid Zaid Bin Haritsah Sungai Mulia Jalan Gombak, ada kes kecurian beg tangan jemaah wanita di dalam masjid tersebut ketika mangsa sedang solat.

“Terkutuk sungguh pencuri ini, sampai sanggup pakai telekung! Kepada warga sekitar, sila ambil langkah berhati-hati,” kata pengendali akaun Facebook Asal Gombak 2.

“Dia larikan telekung tu sekali!,” komen nitizen.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button