BERITA SEMASALUAR NEGARA

Lelaki Jerman cipta rekod dunia hidup 120 hari di dalam laut

PUERTO LINDO – Seorang jurutera aeroangkasa Jerman menerima pengiktirafan dunia selepas mencipta rekod dunia untuk tempoh hidup paling lama di bawah laut tanpa dekompresi, iaitu selama 120 hari dalam kapsul yang terletak di luar pantai Panama.

Pengiktirafan itu diberikan pengadil Guinness World Records, Susana Reyes kepada Rudiger Koch, 59, yang menghuni kapsul seluas 30 meter persegi di bawah laut.

“Indah apabila semuanya tenang dan gelap serta laut yang bercahaya. Ia sukar untuk digambarkan, anda perlu mengalaminya sendiri,” katanya.

Kapsul Koch dilengkapi hampir semua keperluan kehidupan moden seperti katil, tandas, TV, komputer, internet serta terdapat juga basikal senaman.

Terletak kira-kira 15 minit menaiki bot dari pantai utara Panama, kapsul itu dihubungkan dengan sebuah ruang lain yang terletak di atas permukaan air melalui sebuah tiub yang mempunyai tangga bagi memberikan laluan untuk penghantaran makanan dan doktor.

Menurut Koch, dia berharap eksperimen ini dapat mengubah cara kita berfikir tentang kehidupan manusia dan tempat kita boleh menetap, bahkan secara kekal.

“Apa yang kami cuba buktikan di sini adalah bahawa lautan sebenarnya adalah persekitaran yang berdaya maju untuk pengembangan manusia,” katanya.

Empat kamera telah diletakkan untuk merakam pergerakan Koch di dalam kapsul bagi memanta kesihatan mentalnya dan memberikan bukti bahawa dia tidak pernah naik ke permukaan.

“Kami memerlukan saksi yang memantau dan mengesahkan 24/7 selama lebih dari 120 hari.

“Rekod ini tidak syak lagi adalah salah satu yang paling luar biasa” dan memerlukan “banyak usaha,” kata Reyes.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button