BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Langgar lari: Pemilik dakwa Nissan Navara dipandu orang lain, mohon maklumat peribadi tidak ditular

KUALA LUMPUR – Pemilik kenderaan Nissan Navara yang didakwa terlibat dalam insiden langgar lari berhampiran Plaza Tol Jalan Duta semalam, tampil membuat pengakuan dan memohon netizen tidak menyebarkan maklumat peribadinya.

Melalui satu hantaran di Facebook, Balan Radha Krishnan menjelaskan, bukan dia yang memandu kenderaan tersebut ketika kejadian berlaku.

“Kereta bernombor pendaftaran US910 itu telah dipinjamkan kepada adik saya yang memandunya. Dia telah ditahan oleh polis dan kereta saya juga disita.

“Saya amat kesal dan bersimpati dengan nasib kedua-dua mangsa tersebut. Saya sedia beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Saya juga memohon jasa baik semua untuk tidak menyebarkan lagi maklumat peribadi tentang diri saya,” tulisnya.

Menurutnya lagi, dia sudah membuat laporan polis pagi tadi.

“Bagi saya yang salah tetap salah,” katanya.

Hantaran Balan turut dimuat naik bersama video dan juga laporan polis yang dibuatnya.

Semalam, satu klip video berdurasi satu minit tular di media sosial memaparkan sebuah pikap melarikan diri selepas melanggar motosikal berkuasa tinggi yang dinaiki pasangan suami isteri dalam nahas yang berlaku pada pukul 2.30 petang itu.

Penunggang motosikal itu mengalami kecederaan retak tulang selangka dan luka di buku lali, manakala isterinya patah tulang rusuk kanan dan mengalami pendarahan otak akibat pelanggaran tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button