SUKANBERITA SEMASA

Lakaran peta Palestin sebelum dijarah dijadikan sebagai nombor 1 oleh sebuah kelab di Chile

SANTIAGO – Sebuah kelab bola sepak terkemuka yang bermain di Liga Primera División de Chile, Palestino menggunakan nombor satu di bahagian belakang jersi pemain berbentuk peta Palestin sebelum dijarah pada tahun 1948.

Namun begitu, menurut laporan pada tahun 2014, kelab tersebut dahulunya telah didenda oleh Persekutuan Bola Sepak Chile selepas jersi untuk musim baharu dimasukkan peta Palestin sebelum tahun 1948 sebagai pengganti nombor satu.

Susulan itu, Komuniti Yahudi Chile dan kerajaan Israel membuat aduan ke Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan pasukan Palestino dipaksa mengeluarkan peta tersebut dari jersi mereka.

Walau bagaimanapun, seluruh komuniti pasukan Palestino tetap lantang dan tidak berbelah bahagi dalam menyokong negara Palestin termasuklah negara Chile sendiri yang memberi sokongan kepada Palestin dalam dasar negara mereka sehingga kini.

Palestino telah memenangi dua kejuaraan liga dalam sejarah 103 tahunnya dan Piala Chile tiga kali, termasuk yang terbaharu pada tahun 2018.

Pasukan Palestino diasaskan secara rasmi pada 1920 oleh sekumpulan rakyat Palestin apabila mereka menyertai pertandingan kolonial di Osorno, dengan nama kelab itu menggambarkan asal usul Palestin.

Kedatangan rakyat Palestin ke Chile bermula sejak tahun 1850an dan disusuli sehingga 1948 apabila seramai 700,000 rakyat Palestin dipaksa keluar dari rumah mereka.

Menurut sumber, kebanyakan mereka tiba di pelabuhan Buenos Aires sebelum melintasi Argentina untuk memasuki Chile melalui Andes dengan menaiki keldai.

Sehingga hari ini, Chile adalah rumah kepada penduduk Palestin terbesar di luar Timur Tengah.

Mereka kini berjumlah kurang daripada 500,000 orang telah membantu membentuk hampir satu abad dasar Chile terhadap Palestin.

Kelab bola sepak Palestino diasaskan bukan sahaja berfungsi sebagai tempat berkumpul untuk pelarian Palestin, malah pertukaran budaya dan diplomasi.

Mereka bermain dengan pakaian seragam putih, hijau dan merah serta stadium mereka mengibarkan bendera Palestin termasuk mereka mempunyai kolam terbuka dalam bentuk Palestin sebelum 1948.

Selama bertahun-tahun, peminat dan juga pemain kerap memakai keffiyeh (selendang tradisional Palestin) serta bendera Palestin boleh dilihat di tempat duduk stadium pada setiap perlawanan di tempat sendiri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button