BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Koperab, Nusa Kapital meterai MoU perkukuh peluang pelaburan, pembiayaan

KUALA LUMPUR – Koperasi Aman Berhad (Koperab) memeterai kerjasama strategik bersama Nusa Kapital Sdn. Bhd. (Nusa Kapital) bagi memperluas peluang pelaburan dan membuka akses pembiayaan kepada koperasi di seluruh negara.

Melalui kerjasama itu, Koperab menawarkan pembiayaan rakan setara (P2P) milik Nusa Kapital yang lebih fleksibel dan telus kepada para anggotanya.

Bagi usahasama pelaburan pula, kerjasama itu mensasarkan pulangan dividen sehingga tujuh peratus daripada keuntungan urus niaga Nusa Kapital sebagai syarikat penyedia pembiayaan alternatif.

Ketua Pegawai Eksekutif Koperab, Mohd Marzuki Yasoa berkata, kerjasama yang bermula sejak enam bulan lalu itu diperkenalkan sebagai serampang dua mata untuk memperluaskan akses modal, khususnya bagi sektor koperasi di samping menggalakkan amalan pembiayaan yang bertanggungjawab.

“MOU ini bukan sekadar satu kerjasama, ia adalah sebuah visi untuk mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih inklusif,

“Bersama Nusa Kapital, kami membuka lebih banyak peluang untuk koperasi berkembang, berjaya dan memberi sumbangan yang bermakna kepada ekonomi negara,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) yang berlangsung di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Datuk Paduka Maharajalela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini; Pengerusi Koperab, Datuk Seri Syed Ismail Syed Azizan; Setiausaha Koperab, Datuk M. Faizal Zainol; Pengasas Nusa Kapital, Izmi Marican dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kee Yong Foo.

Dari kiri: M. Faizal Zainol, Syed Ismail Syed Azizan, Pengerusi KOPERAB; Azuan Effendy Zairakithnaini, Izmi Marican dan Kee Yong Foo pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mohd Marzuki Yasoa (kiri) bersama Izmi Marican.

Untuk rekod, jaminan pelaburan di bawah kerjasama ini disokong oleh Koperab yang merupakan agensi berdaftar dan disahkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Sementara itu, Izmi mensasarkan jumlah pelaburan daripada koperasi sehingga RM100,000 sebagai permulaan untuk tahun ini.

Katanya, Nusa Kapital yang telah beroperasi sejak 2017 memiliki kredibiliti sebagai syarikat pembiayaan berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti, sekaligus diyakini mampu menyediakan kemudahan pelaburan dan pembiayaan yang lebih teratur serta selamat.

“Kerjasama strategik ini dijangka memperkukuh ekosistem pelaburan koperasi serta membuka lebih banyak peluang untuk ahli-ahli Koperab meningkatkan pendapatan selain mendapat akses kepada pembiayaan alternatif yang mematuhi peraturan semasa.

“Tanpa jaminan seperti ini, kami dapati banyak pelabur mendapat nilai keuntungan yang terlalu rendah atau mengalami kerugian kerana ditipu oleh scam,” katanya yang mempunyai profil pelanggan termasuk agensi kerajaan seperti SMECorp, TERAJU dan banyak lagi.

Izmi berkata, kolaborasi itu diharap dapat memperkukuh ekosistem pelaburan koperasi serta membuka lebih banyak peluang untuk ahli-ahli Koperab meningkatkan pendapatan selain mendapat akses kepada pembiayaan alternatif yang mematuhi peraturan semasa

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button