
70 keluarga terima Kotak Bantuan Rahmah sempena Deepavali
TAIPING – Sebanyak 70 keluarga berbangsa India yang tinggal di daerah ini menerima Kotak Bantuan Rahmah sempena sambutan Hari Deepavali tidak lama lagi.
Menurut Ketua Sayap Wanita PKR Taiping, Ignatius Sarojah, tradisi memberi sumbangan ini telah menjadi wadah cabang tersebut untuk meringankan beban masyarakat yang kurang berkemampuan.
“Bantuan ini diagihkan untuk masyarakat India di sekitar Pokok Assam, Kampung Aman dan Ulu Tupai di sini.
“Penerima bantuan Kotak Rahmah sempena Deepavali kali ini melibatkan 70 keluarga yang berada di paras kemiskinan, B40, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas,” katanya kepada Malaysia Tribune.
Menurut beliau, aktiviti ini telah diusahakan oleh Ketua Cabang PKR Taiping, Ahmad Zahid Khalid pada setiap tahun.
“Kita akan selalu membantu masyarakat setempat tidak hanya pada musim perayaan malah di saat apabila masyarakat memerlukan sudah pasti kami akan sedia membantu.
“Ia juga bagi menyambut dasar Kerajaan Madani dalam usaha untuk mensifarkan miskin tegar,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








