KKDW tubuh jawatankuasa pantau 62 programnya
PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan menubuhkan beberapa jawatankuasa bagi memantau pelaksanaan 62 program yang berada di bawah kementerian itu.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan jawatankuasa itu bukan sahaja untuk memastikan pelaksanaan semua program berjalan lancar dan mencapai matlamat tetapi juga dilaksanakan mengikut etika, beramanah dan bertanggungjawab.
Katanya, antara perkara yang akan diberi keutamaan adalah semakan semula pelaksanaan program bagi memaksimumkan impak.
“Saya mahu bulan Julai nanti, kita adakan semakan semula pelaksanaan 62 program yang telah saya sebutkan tadi.
“Saya mahu apa yang kita fikir tidak hanya tersemat di dalam minda, tetapi kita perlu memastikan proses pelaksanaan itu dibuat sebaiknya. Dari situ, kita dapat menyusun semula keutamaan program agar lebih memberi impak kepada rakyat”, katanya semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW di Putrajaya hari ini kata
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








