JENAYAH & MAHKAMAH

Kes rayuan Rosmah, mahkamah beri keputusan 22 Jun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan pada 22 Jun depan terhadap permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi mencabar pelantikan Tan Sri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes rasuah RM1.25 bilion membabitkan projek hibrid solar yang dihadapinya.

Rosmah bagaimanapun tidak hadir di mahkamah hari ini, dan beliau hanya diwakili oleh kumpulan peguamnya.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hanipah Farikullah, membuat keputusan tersebut setelah mendengar hujahan lisan daripada pasukan peguam Rosmah serta pihak pendakwaan.

Selain Hanipah, panel tersebut turut dianggotai hakim Mahkamah Rayuan, Che Mohd Ruzima Ghazali dan See Mee Chun.

Untuk rekod, Rosmah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (sivil) di Kuala Lumpur pada 30 Ogos tahun lalu yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran untuk meneruskan semakan kehakimannya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button