BERITA SEMASA

Kes pukul di Jepun, mangsa ke Wisma Putra buat laporan

PUTRAJAYA – Pasangan suami isteri yang mendakwa dipukul rakyat Malaysia di Jepun, hadir ke Wisma Putra di sini hari ini bagi membuat laporan mengenai kejadian itu dan mendapatkan bantuan.

Dalam pertemuan kira-kira satu jam setengah itu, Noornabilla Azemi atau Bella, dan suami, Mohamad Zhaza Mohamad ditemani aktivis, Ena Awil bertemu dengan dengan tiga pegawai daripada Unit Konsular Wisma Putra.

“Kami amat berterima kasih dengan Wisma Putra dalam usaha mendapatkan keadilan buat Bella dan Zhaza.

“Dalam pertemuan itu, Bella dan suami diminta menceritakan kembali apa yang terjadi di Jepun, termasuk laporan polis yang dibuat di sana,” kata Ena, hari ini.

Ketika ditanya mengenai sebaranga nasihat atau bantuan yang akan diberikan, Ena memberitahu, pegawai konsular akan memastikan pihak kedutaan Malaysia di Jepun memberikan kerjasama penuh dalam siasatan kes pukul di negara itu.

“Mereka akan menghubungi kedutaan Malaysia di sana dan pastikan mereka beri kerjasama penuh kepada polis Jepun.

“Apapun, saya amat berterima kasih kepada Wisma Putra atas jaminan ini kerana kita mahukan keadilan buat mangsa ini,” kata Ena lagi.

Terdahulu, seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ugut dan pukul pasangan itu  dikenakan perintah reman selama empat hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Sepang.

Suspek ditahan susulan kes ugutan ke atas salah seorang mangsa sebelum kejadian pukul di Jepun berlaku.

Bagaimanapun, seorang lagi individu dipercayai suspek utama yang membelasah pasangan itu masih bebas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button