Kes Daim: Lebih ramai akan disiasat SPRM
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan akan menyiasat lebih ramai individu susulan siasatan terhadap seorang pemaju hartanah Singapura berkait kes melibatkan bekas menteri kewangan.
Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan perkara itu kepada Buletin TV3 hari ini.
“Berhubung siasatan ini, lebih ramai akan dipanggil dalam masa terdekat,” katanya, di sini.
Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan ahli perniagaan dan pemaju hartanah Datuk Seri Akbar Khan disiasat SPRM berhubung kes Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Laporan itu yang memetik sumber SPRM dan peguam berkaitan, turut menyatakan pemegang saham utama BRDB Developments Sdn Bhd itu ditahan sementara untuk disoal siasat minggu lalu, selepas rumah dan syarikatnya di Kuala Lumpur diserbu.
Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, masih berdepan beberapa kes siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) biarpun sudah didakwa atas tuduhan tidak mengisytiharkan harta membabitkan 70 aset dan satu akaun bank.
Beliau berkata, berkata siasatan itu membabitkan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Pertuduhan hanya membabitkan pendakwaan mengikut Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 kerana gagal isytihar harta.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








