JENAYAH & MAHKAMAH

Kes Bella: Mahkamah dapati Siti Bainun bersalah

KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella, di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Hakim Izralizam Sanusi dalam keputusannya berkata, pembelaan tertuduh bukan sahaja tidak dapat dipercayai atau diterima, malah ia gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berita selanjutnya menyusul.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button